AM

Tiada Pegawai Maritim Terlibat Dalam Penipuan Pesanan Kerajaan - KP Maritim

29/05/2025 07:39 PM

PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah hari ini menegaskan tiada penglibatan pegawai agensi itu dalam kegiatan penipuan pesanan kerajaan (LO) seperti aduan yang diterima baru-baru ini.

Rosli menerusi kenyataan berkata Maritim Malaysia tidak pernah melantik mana-mana pihak secara tidak rasmi untuk urusan pembekalan tanpa melalui prosedur yang sah dan ditetapkan kerajaan.

“Orang ramai dan pembekal diingatkan agar berwaspada serta tidak mudah terperdaya dengan LO yang mencurigakan.

“Sebarang dokumen LO yang diterima hendaklah disemak dan disahkan terlebih dahulu dengan pihak Maritim Malaysia,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai agar segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian kecemasan 999 sekiranya terdapat sebarang cubaan penipuan atau penggunaan nama pegawai Maritim Malaysia tanpa kebenaran.

Katanya orang ramai juga dinasihatkan agar melayari portal rasmi Maritim Malaysia di www.mmea.gov.my dan akaun media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini agensi itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan