BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM Siasat Kemungkinan Pamela Ling Lari Ke Luar Negara

13/05/2025 12:17 PM

PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini, pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atas beliau.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata 27 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini. 

“Rakaman percakapan anak Pamela serta saksi (lain) akan diambil dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh pihak Interpol,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis kemungkinan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan. 

Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.

Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan. Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan