BERITA TERGEMPAR   Kemalangan lori FRU : Angka kematian meningkat sembilan orang - Polis | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Tipu Tawaran Kerja Sambilan, Tujuh Ditahan

14/03/2025 11:18 PM

SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) -- Polis Selangor menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita dipercayai terlibat sindiket penipuan dalam talian menawarkan kerja sambilan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan berkata tangkapan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil itu dibantu pakar analisis media sosial.

Beliau berkata pihaknya turut merampas tujuh komputer riba, 12 telefon bimbit, sebuah router dan satu rangkai kunci berserta kad akses rumah.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bekerja sebagai operator pusat panggilan di peringkat kedua iaitu meminta mangsa membuat beberapa tugasan mendapatkan pulangan sebanyak 20 peratus.

“Tugasan diberi dalam pautan Lumiereessemcebeautyskincare pro melalui aplikasi Telegram yang menyasarkan mangsa warga Hong Kong,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan