AM

PELAKON JOHAN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA

08/12/2024 11:36 AM
Daripada Nursyabiha Sukri

SEREMBAN, 8 Dis (Bernama) -- Pelakon Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini, malam tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Isterinya Sarepah Meriam Aboo, 51, ketika dihubungi berkata suaminya meninggal dunia ketika dirawat di HTJ selepas mengadu kesukaran untuk bernafas sejak petang.

"Sejak petang nafasnya terasa pendek dan tersekat-sekat, kemudian jiran membantu dengan menelefon ambulans untuk bawa suami ke hospital...pada bulan Julai lepas, suami saya dimasukkan ke HTJ selama 12 hari akibat keradangan usus,” katanya.

Sarepah Meriam berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale pagi ini.

Allahyarham Johan sering memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan lakonannya.

Arwah meninggalkan dua orang cahaya mata iaitu Abdullah Musa, 13, dan Orchid Raihani, 8.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan