DUNIA

PUTIN ARAH KERAJAAN RUSIA TANDATANGANI PERJANJIAN EKSTRADISI DENGAN THAILAND

25/06/2024 12:52 AM

MOSCOW, 24 Jun (Bernama-Sputnik) -- Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengarahkan penerimaan cadangan kerajaan untuk menandatangani perjanjian ekstradisi antara Rusia dan Thailand, menurut pangkalan data undang-undang Rusia, lapor Sputnik.

"Menerima cadangan Kerajaan Rusia untuk menandatangani perjanjian ekstradisi antara Persekutuan Rusia dan Kerajaan Thailand. Untuk mengarahkan Kementerian Kehakiman Rusia, setelah mencapai persetujuan dengan pihak Thailand, menandatangani perjanjian yang dinyatakan bagi pihak Rusia, dengan membenarkan perubahan kepada draf yang diluluskan oleh Kerajaan Rusia yang bukan bersifat fundamental," menurut dokumen itu.

Arahan ini berkuat kuasa apabila ditandatangani pada 24 Jun.

Pada Mac 2023, Thailand meluluskan draf perjanjian ekstradisi dengan Rusia yang dijangka dapat mengurangkan aktiviti jenayah yang mungkin berlaku dan menangani kemasukan pendatang, antara lain.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan