AM

LELAKI MAUT, KERETA LANGGAR BAS EKSPRES

18/06/2024 09:57 AM

NIBONG TEBAL, 18 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 155.9 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Sungai Bakap di sini awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 4.36 pagi dan terus ke lokasi kejadian.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Gen 2 yang dinaiki dua lelaki itu telah melanggar belakang bas ekspres terbabit sehingga menyebabkan penumpang hadapan telah tersepit dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 15  minit untuk mengeluarkan lelaki berusia 30 tahun itu.

"Pemandu berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala pemandu dan semua penumpang bas ekspres itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, manakala pemandu kereta yang cedera turut dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan