KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan menziarahi bekas pengiring rapat Seri Paduka Baginda, Sarjan Anis Nazia Mohd Nazri yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kemalangan.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Anis Nazia, 39, pernah berkhidmat sebagai pengiring rapat Raja Permaisuri Agong di Johor dari 2008 hingga 2018.
Beliau yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akibat pendarahan otak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Jelatek, di sini pada 14 Jan lepas.
“Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Sarjan Anis Nazia diberi kesembuhan segera dan dapat kembali bertugas seperti sedia kala, serta dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga,” menurut catatan itu.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda disambut Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K.R Nair, dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial