AM

PELAJAR LEMAS KETIKA MEMANCING DI LOMBONG

16/06/2024 05:11 PM

KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki ditemukan lemas di sebuah bekas lombong emas, di Jalan Sungai Taban, Kampung Merapoh, Kuala Lipis pada awal pagi Ahad. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata mayat Muhammad Adam Harris Mohd Azman, 18, ditemukan pada 2.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak malam semalam. 

Beliau berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu itu bersama sepupunya memancing di lombong berkenaan kira-kira 7 malam, Sabtu, sebelum mata joran mangsa terputus.

“Mangsa bertindak terjun ke dalam lombong itu dan berenang pada jarak lebih kurang 12 meter dari daratan untuk mendapatkan mata joran. Semasa berpatah balik ke darat, mangsa kelihatan tidak berdaya lalu lemas dan tenggelam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ismail berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan