DUNIA

ISRAEL SEKAT KEMASUKAN HAIWAN KORBAN BAGI SAMBUTAN AIDILADHA DI GAZA

16/06/2024 02:44 PM

BANDARAYA GAZA (Palestin) 16 Jun (Bernama-AA) -- Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memaklumkan "Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu" dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Pejabat media berkata larangan ini merupakan "satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam", lapor Agensi Anadolu.

"Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan," menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan