AM

AIDILADHA: ALIRAN TRAFIK PERLAHAN DI LEBUH RAYA UTAMA MALAM INI

15/06/2024 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat jam 8.30 malam ini berikutan pertambahan kenderaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan  Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan.

Menurutnya kenderaan bergerak perlahan menghala pantai timur iaitu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Bentong.

“Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Bandar Ainsdale ke Pedas Linggi, Hentian Sebelah Pedas Linggi ke Simpang Ampat dan Sedenak ke Simpang Renggam.

“Selain itu, kenderaan bergerak perlahan dari Tapah-Gopeng, Alor Pongsu-Jawi, Juru-Perai dan Seberang Jaya-Plaza Tol Sungai Dua,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya setakat ini aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan