SUKAN

HOE YEAN RAIH EMAS DI SINGAPURA

15/06/2024 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Atlet renang lelaki kebangsaan Khiew Hoe Yean berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara selepas muncul juara acara 400 meter (m) gaya bebas di Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura hari ini.

Ho Yean yang masih memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 terlebih dahulu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 3 minit 50.54 saat (s), mengetepikan wakil tuan rumah Jerald Lium yang mencatat masa  3:55.36s diikuti satu lagi wakil negara Jayden Tan 3:56.65s.

Catatan itu bagaimanapun belum memadai untuk melayakkan atlet berusia 21 tahun itu ke Sukan Olimpik Paris.

Dalam aksi wanita, perenang negara Phee Jinq En berjaya meraih pingat perak bagi acara 50m kuak dada selepas mencatat 31.94s.

Perenang Singapura, Letitia Sim meraih emas dengan masa 31.36s manakala wakil Thailand Saovanee Boonamphai meraih gangsa dengan catatan 32.62s.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan