SUKAN

TERBUKA AUSTRALIA: ZII JIA TEWASKAN JOO VEN UNTUK KE SUKU AKHIR

13/06/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Perseorangan profesional Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Australia 2024 selepas menyingkirkan rakan senegara Soong Joo Ven dalam pusingan kedua kejohanan badminton itu di Sydney hari ini.

Kejohanan bertaraf Super 500 di Quaycentre itu menyaksikan Zii Jia sebagai pilihan ketiga menewaskan Joo Ven, 21-18, 21-14 dalam 41 minit. 

Pemain nombor lapan dunia itu akan berdepan pilihan ketujuh Kenta Nishimoto esok, selepas wakil Jepun itu menumpaskan Kiran George dari India 22-20, 21-6.

Zii Jia akan menyertai enam lagi pemain Malaysia termasuk beregu lelaki meningkat naik Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Hon Jian-Muhammad Haikal yang mengetepikan pasangan tuan rumah Aneesh Nirmal-Emmanuel Stephen Sam, 21-12, 21-8, akan mengadakan pertembungan dengan satu lagi beregu Australia, Rizky Hidayat-Frengky Wijaya Putra.

Rizky-Frengky, terdahulu mengatasi beregu negara Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong, 14-21, 23-21, 21-19.

Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing mudah menewaskan satu lagi beregu Australia, Adam Jeffrey-Justine Villegas 21-7, 21-7.

Pilihan kelima itu akan bertemu Hon Jian-Go Pei Kee selepas pasangan negara itu menumpaskan beregu Australia, Timotius Elbert-Maureen Clarissa Wijaya, 21-14, 21-6.

 

Keputusan lain: 

--------------------

(Nota: Wakil Malaysia kecuali dimaklumkan)

 

Perseorangan wanita:  

[3] Pai Yu Po (TPE) mn K. Letshanaa 21-14, 21-18

 

Beregu lelaki:  

Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King mn Ooi Yi Hern-Steven Stallwood (AUS-ENG) 21-10, 21-9;

[7] Kang Khai Xing-Aaron Tai mn Kanki Igawa-Ken Richardson (AUS) 21-14, 21-8;

Keane Chok Ken Wei-Andy Yew Tung Kok kk Chen Zhi Ray, Lin Yu Chieh (TPE) 9-21, 8-21

 

Beregu wanita: 

[7] Rutaparna Panda-Swetaparna Panda (IND) kk Lai Pei Jing-Lim Chiew Sen 5-21, 9-21

 

Beregu campuran: 

Yap Roy King-Valeree Siow kk [6] Reginald Lee-Ng Tsz Yau (HKG) 21-17, 19-21, 21-23;

[1] Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin (CHN) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-17, 21-18

 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan