AM

PM LUANG MASA TONTON FILEM SHERIFF NARKO INTEGRITI

12/06/2024 10:07 PM

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini. 

Tayangan khas di Pawagam GSC anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)  dengan kerjasama SKOP Productions dan Astro Shaws itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ia bersempena Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC bagi meningkatkan kesedaran integriti dan usaha membanteras salah laku seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam khususnya golongan penguat kuasa. 

Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata berdasarkan prinsip No One Is Above The Law yang menjadi mesej utama filem itu, penguatkuasaan serta pelaksanaan undang-undang harus dilaksana secara adil tanpa prejudis dan kompromi tanpa mengira pangkat atau kuasa. 

Beliau berkata selain itu, setiap penjawat awam bermula daripada pemimpin perlu bersikap terbuka dan tidak menutup sebarang kesalahan dalam organisasi bagi meningkatkan kredibiliti serta keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam.

"Oleh itu, EAIC berharap lebih banyak karya seni dan filem seumpama Sheriff Narko Integriti akan dihasilkan oleh penggiat seni bagi membuka mata serta mendidik orang ramai khususnya penguatkuasa mengenai kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam menjaga kedaulatan negara dan undang-undang," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan khas itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan