EKONOMI

KERAJAAN FOKUS KEPADA PENYASARAN SUBSIDI DIESEL - AMIR HAMZAH

12/06/2024 06:36 PM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan mahu memberi fokus kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel terlebih dahulu sebelum merasionalisasikan subsidi melibatkan RON95, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Kita fokus kepada (penyasaran) subsidi diesel dahulu dan bila sudah stabil, kita boleh tengok apa lagi yang kita kena buat,” katanya ketika ditanya mengenai tempoh pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 akan dilakukan. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Sasana Bank Negara Malaysia di sini, pada Rabu.

Pada Ahad, Amir Hamzah mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata ia adalah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism. 

Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, ia dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan