AM

Malaysia Terbentuk Atas Persetujuan Semua Negeri Berlandaskan Prinsip Federalisme - Fahmi

12/06/2024 04:39 PM

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Malaysia terbentuk atas persetujuan semua negeri berlandaskan prinsip federalisme yang menjadi teras utama dalam Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pembangunan dan kemajuan negara adalah berteraskan kekuatan persekutuan bersama-sama kesemua negeri.

“Oleh itu Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dalam menjamin hak negeri, dan dalam menentukan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri,” katanya kepada media selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau berkata jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan yang dibuat beberapa pihak berkenaan hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.

Sementara itu berkaitan perkara-perkara mengenai Sabah dan Sarawak, Fahmi berkata perbincangan adalah berpandukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan