DUNIA

Rel China-laos Catat Aliran Penumpang Seramai 8.72 Juta

04/06/2024 02:58 PM

KUNMING, 4 Jun (Bernama-CMG) -- Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 8.72 juta bagi lima bulan pertama tahun ini, meningkat 17.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Dari Januari hingga Mei, tren berkenaan mengendalikan sebanyak 10,642 perjalanan dengan hantaran penumpang purata harian mencatat 57,000.

Prestasi operasi rel itu secara tidak langsung menyuntik momentum kuat kepada pembangunan serantau.

Kerancakan pelancongan rentas sempadan merupakan antara penyumbang kepada ledakan aliran penumpang.

Perkhidmatan rel itu turut nenjadi pilihan utama bagi mereka yang melakukan urusan perniagaan serta program pertukaran budaya.

Demi memenuhi keperluan pengembaraan yang semakin meningkat, Biro Kunming China Railway mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan antaranya mengoptimumkan pengoperasian tren serta sistem jualan tiket berasaskan data raya.

Khususnya, perkhidmatan penumpang antarabangsa antara bandar Xishuangbanna di China dengan Luang Prabang di Laos diperkenalkan untuk memudahkan perjalanan ulang-alik pengembara.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan