AM

SUMBANGAN MENDIANG NG POH TIP DALAM DUNIA KEWARTAWANAN AKAN SENTIASA DIHARGAI - FAHMI

25/05/2024 06:16 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star Datuk Ng Poh Tip, yang meninggal dunia hari ini.

Beliau menerusi laman X hari ini berkata sumbangan mendiang Ng sebagai Ketua Pengarang wanita pertama di Malaysia, amat besar dalam dunia kewartawanan tanah air.

“Segala jasa dan bakti mendiang akan sentiasa dihargai dan diingati. May her soul rest in peace,” katanya.

Mendiang Ng meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya pada usia 81 tahun.

Ng memulakan kerjayanya sebagai wartawan pada 1971 dan mencipta sejarah sebagai ketua pengarang kumpulan wanita pertama negara pada 1993 hingga 2003, di The Star.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan