DUNIA

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI PAPUA NEW GUINEA PANTAU SITUASI KEJADIAN TANAH RUNTUH

24/05/2024 05:21 PM

PUTRAJAYA, 24 Mei (Bernama) -- Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sedang memantau situasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga di negara berkenaan. 

Kementerian itu yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Facebook Wisma Putra pada Jumaat. 

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut catatan itu di Facebook. 

Menerusi catatan itu, Wisma Putra turut berkongsi maklumat penting bagi rakyat Malaysia untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby yang beralamat di Lot 16, Seksyen 531 Rosewood Executive Residences, Savannah Heights, Port Moresby. 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon +675-3251506 (waktu pejabat) dan +675-3252076 (selepas waktu pejabat) atau menerusi e-mel di alamat mwportmoresby@kln.gov.my  dan menerusi laman web di http://www.kln.gov.my/png_port-moresby/home .

Terdahulu Agensi Berita Jerman (dpa) dari Sydney melaporkan lebih 100 orang dikhuatiri terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea.

Laporan yang memetik stesen penyiaran awam Australia, ABC melaporkan tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, kira-kira 600 kilometer ke barat laut ibu negara Port Moresby pada awal pagi Jumaat.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah korban, demikian menurut laporan itu.

Papua New Guinea, dengan populasi hampir 10 juta orang, terletak di utara Australia. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan