EKONOMI

KEUNTUNGAN BERSIH SUKU KETIGA YTL CORP NAIK KEPADA RM496 JUTA

23/05/2024 09:05 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 meningkat kepada RM496.23 juta daripada tempoh yang sama tahun lepas sebanyak RM414.14 juta.

Perolehannya merosot kepada RM7.21 bilion daripada RM7.33 bilion tahun lepas, disebabkan pengurangan kerja yang dilakukan untuk projek pembinaan pihak ketiga dalam unit pembinaan dan disebabkan oleh hasil lebih rendah dicatatkan dalam unit utiliti.

Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan, keuntungan bersih meningkat kepada RM1.61 bilion daripada RM547.67 juta dan hasil meningkat kepada RM22.26 bilion daripada RM20.41 bilion tahun lepas.

Tiada dividen telah diisytiharkan untuk suku kewangan semasa bagi kumpulan itu.

Sementara itu, keuntungan bersih suku ketiga YTL Power International Bhd melonjak kepada RM698.69 juta daripada RM519.64 juta tahun lepas susulan prestasi lebih baik dalam segmen penjanaan kuasa.

Bagaimanapun, hasil bagi suku itu turun kepada RM5.16 bilion daripada RM5.36 bilion tahun lepas.

Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan, untung bersihnya menokok kepada RM2.39 bilion daripada RM891.74 juta dan hasil menambah kepada RM15.98 bilion daripada RM14.80 bilion tahun lepas.

Kumpulan itu menjangkakan prestasi segmen perniagaannya akan kekal berdaya tahan disebabkan sifat operasinya yang penting.

YTL Power mengisytiharkan dividen interim sebanyak tiga sen sesaham biasa untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 yang perlu akan dibayar pada 28 Jun 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan