DUNIA

BRUNEI ANTARA LIMA SUMBER PELANCONGAN UTAMA BAGI MALAYSIA PADA JAN-APRIL

16/06/2024 05:30 PM

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun (Bernama-Xinhua) -- Lebih 390,000 pelawat dari Brunei melawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Ahad.

Menurut akhbar tempatan Borneo Bulletin, antara lima pasaran utama yang menjana pelancong bagi Malaysia, Singapura mendahului senarai dengan 2,599,076 pelawat, diikuti Indonesia dengan 1,150,939 pelawat diikuti China, Thailand dan Brunei.

Brunei adalah sebuah negara kecil yang kaya dengan minyak bersebelahan dengan Sarawak dan Sabah. Pada 2023, Malaysia merekodkan ketibaan 811,833 pelancong dari Brunei.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan