EKONOMI

Projek Times Square 2 Dijangka Habis Dijual Menjelang Akhir Tahun, Gdv Rm625 Juta

19/05/2024 09:48 AM

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) yakin projek kediaman 'Times Square 2' yang baru dilancarkan akan habis dijual menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya Syed Ali Shahul Hameed berkata projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM625 juta itu akan mendapat sambutan kerana lokasi strategiknya, kemudahan moden, harga yang menarik dan ketersambungan yang baik.

"Saya yakin ia akan habis dijual pada akhir tahun ini," kata Syed Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land Bhd dalam satu kenyataan.

Terletak di Jalan Imbi bersebelahan pusat beli-belah Berjaya Times Square dan Bukit Bintang City Centre di sini, projek itu menyediakan sebanyak 629 unit kediaman di bangunan 41 tingkat itu.

Unit kediaman disediakan terdiri daripada 488 kaki persegi satu bilik hingga 1,356 kaki persegi tiga bilik tidur pada harga antara RM688,000 hingga RM2.65 juta.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif BTS Tan Tee Ming berkata Times Square 2 menawarkan kemudahan yang direka untuk penduduk bandar yang mencari keuntungan modal dan susun atur praktikal.

"Pilihan disediakan termasuk dinding yang boleh dipecahkan untuk menggabungkan unit, reka bentuk dwi-kunci untuk fleksibiliti penyewaan, dan bilik mandi en suite,” katanya.

-- BERNAMA  

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan