AM

PM ANWAR MELAWAT MUTANG TAGAL DI IJN HARI INI

09/05/2024 05:15 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). 

Menerusi hantaran bergambar di Facebook rasmi beliau, Anwar turut ditemani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Mendoakan agar beliau diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan untuk melawan sakit yang dihadapinya dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah,” katanya.

Mutang mula menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.

Yang Dipertua Dewan Negara itu mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Azerbaijan Sahiba Gafarova, serta menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan