AM

KEPUTUSAN SPM 2023 DIUMUM 27 MEI - KPM

09/05/2024 12:26 PM

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

Slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023 mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga pukul 6 petang 2 Jun 2024.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM 2023 dengan menaip SPM Nombor Kad Pengenalan Angka Giliran dan hantar ke 15888 dan sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga 6 petang pada 2 Jun 2024.

“Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 395,870 calon telah berdaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan