AM

POKOK TUMBANG HEMPAP KENDERAAN DI DEPAN HOTEL CONCORDE

07/05/2024 04:18 PM

KUALA LUMPUR 7 Mei (Bernama) -- Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang berhampiran Hotel Concorde.

Bernama difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika aliran trafik sesak di kawasan terbabit.

Pokok tersebut juga dipercayai turut menghempap kawasan pejalan kaki dan laluan transit aliran ringan.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sedang mengawal lalu lintas dan melakukan tugas-tugas menyelamat di kawasan terbabit.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan