AM

KEKURANGAN JURURAWAT DIUNJURKAN HAMPIR 60 PERATUS 2030 - DR DZULKEFLY

03/05/2024 12:03 AM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam menangani isu ini beliau berkata antara lain, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

"Saya menyokong hasil (kerjasama) daripada pihak swasta untuk sama-sama kita membangunkan bukan sahaja fasiliti-fasiliti kesihatan tetapi (juga) sumber manusia.

"Kita boleh bina hospital (secara fizikal) tetapi yang mustahaknya juga adalah kakitangan itu, bukan hanya doktor dan pakar tetapi juga sama penting, jururawat itu sendiri. Mutakhir kita mengalami kekurangan jururawat yang kritikal," katanya dalam sidang media selepas perasmian KL International Hospital Sdn. Bhd yang mempunyai kemudahan 624 katil di KL Wellness City Gallery di sini hari ini. 

Pada majlis itu, beliau menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara KL Wellness City dengan enam kolej dan universiti melibatkan tajaan biasiswa bernilai RM25 juta untuk pendidikan kejururawatan di Malaysia. 

Institusi terlibat ialah Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Kolej Perubatan Antarabangsa (IMC), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Adventist, Kolej Universiti Lincoln (LUC) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan