AM

KERAJAAN KELANTAN UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM

02/05/2024 09:57 PM

KOTA BHARU, 2 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.

Beliau berkata Perdana Menteri juga memberi maklum balas yang sangat baik kepada perbincangan berkaitan pembangunan Kelantan dalam pertemuan tertutup hari ini.

“Satu pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri dan pegawai kanan telah diadakan hari ini. Dalam taklimat itu saya telah menyebut beberapa perkara untuk kepentingan rakyat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberikan maklum balas positif terhadap semua yang dibincangkan dan melayan Kelantan sepertimana negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan seperti yang telah dilakukan kepimpinan terdahulu.

“Sejak zaman Tok Guru Nik Abdul Aziz kita menjalinkan hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan hubungan ini akan diteruskan pada masa saya mentadbir negeri ini.

"Bagi saya berpolitik hanya pada musim pilihan raya. Selepas mandat diberikan kita mestilah memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab bersama," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan