JENAYAH & MAHKAMAH

DUA MAUT KERETA TERBABAS DAN TERBALIK DI KUALA KRAI

25/04/2024 10:23 AM

KUALA KRAI, 24 April (Bernama) -- Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Khairul Duha Abd Halim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.44 petang dan mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Kuala Krai ke lokasi kemalangan.

“ Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kereta jenis Honda terbabas dan terbalik dengan mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan itu manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita tercampak keluar dari kereta,” katanya dalam kenyataan.

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan