AM

SULTAN NAZRIN BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MB PERAK

20/04/2024 08:52 PM

LENGGONG, 20 April (Bernama) --  Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong di sini hari ini. 

Keberangkatan tiba baginda sekitar 11.45 pagi itu diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah serta Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta kira-kira 15,000 tetamu. 

Saarani dalam sembah ucapannya berkata kedatangan Syawal menghidupkan amalan tradisi rumah terbuka menziarahi saudara-mara dan rakan taulan. 

"Amalan rumah terbuka yang disertai pelbagai kaum menyerlahkan budaya hormat menghormati yang sekian lama jadi benteng perpaduan negara," katanya. 

Saarani yang juga ADUN Kota Tampan berkata hikmah Aidilfitri diharap meneguhkan sifat hormat menghormati, kasih mengasihi antara satu sama lain.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan