AM

Rumah Bekas Pemandu Dr Wan Azizah Rosak Dihempap Pokok Kelapa Sawit

14/04/2024 10:30 PM

BUKIT GANTANG, 14 April (Bernama) -- Sebuah keluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan selepas rumah mereka di Kampung Sungai Lubok, Trong dekat sini dihempap pokok kelapa sawit dua hari sebelum Syawal.

Baderol Hisam Mohd Yusoh, 51, berkata sebatang pokok kelapa sawit setinggi 13 meter tiba-tiba tumbang menyebabkan bahagian dapur kediamannya rosak dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari pada 8 April lepas.

“Ketika kejadian cuaca cerah dan saya sedang tidur. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat, saya bangun dan terus ke belakang rumah dan dapati pokok kelapa sawit menghempap dapur rumah,” katanya  ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Baderol Hisam yang merupakan bekas pemandu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri bersyukur kerana ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang meninjau keadaan rumah tersebut menyumbangkan bantuan RM10,000 bagi tujuan baik pulih kediaman berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan