AM

LORI SAMPAH ROSAK BREK REMPUH 14 KENDERAAN DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT

10/04/2024 12:51 AM

SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Gara-gara brek tidak berfungsi, sebuah lori sampah merempuh 14 kenderaan yang berhenti di lampu isyarat persimpangan Lebuhraya Persekutuan/Lebuhraya Shahpadu  di sini hari ini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam1.30 tengah hari itu, pemandu lori warga tempatan berusia 41 tahun dan kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan telah hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung insiden tersebut. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.33 petang dan siasatan awal mendapati insiden itu berlaku ketika lori sampah berkenaan dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kapar.

Beliau berkata lori sampah tersebut yang mengalami masalah brek kemudiannya telah  melanggar kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat terebut.

“Pemandu lori itu menjalani ujian saringan air kencing dan disahkan bebas bahan terlarang. 

“Lori tersebut tersebut akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Terdahulu, tular satu video di media sosial berhubung kejadian berkenaan sehingga menyebabkan berlaku sedikit kesesakan di jalan raya itu. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan