SUKAN

Badminton: Tiket Masters Malaysia Dijual Mulai Isnin Ini

06/04/2024 11:22 PM

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Peminat badminton boleh membeli tiket secara dalam talian bermula jam 11 pagi Isnin ini untuk menyaksikan Kejohanan Masters Malaysia 2024 yang akan diadakan di Arena Axiata di Bukit Jalil dari 21-26 Mei ini

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggalakkan peminat membeli tiket mereka dengan memanfaatkan kempen tawaran awal (early bird) dari 8 hingga 22 April untuk mendapatkan tempat duduk mereka pada kadar diskaun.

BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'. 

"Perubahan ini bertujuan meningkatkan akses untuk peminat dengan kategori “Platinum’ kini tersedia dengan tawaran awal,” menurut BAM dalam kenyataan malam ini.

Pembelian tiket dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.ticket2u.com.my

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan