AM

BOMBA PERAK BEKUKAN 70 PERATUS CUTI RAYA PEGAWAI, ANGGOTA

05/04/2024 11:10 AM

IPOH, 5 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak membekukan 70 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di negeri itu bagi menghadapi sebarang kecemasan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Pengarahnya JBPM Perak Sayani Saidon berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.

Beliau berkata sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan sebarang malapetaka terutama kebakaran, ketika ini pihaknya telah meningkatkan pemeriksaan di pusat beli-belah, hotel dan inap desa.

"Sehingga kini 174 pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran membabitkan ketiga-tiga premis berkenaan telah dilaksanakan, kerana ia merupakan kawasan tumpuan orang ramai semasa musim perayaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Dan Berbuka Puasa Bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri di sini malam tadi.

Sementara itu Sayani berkata JBPM negeri akan menempatkan anggota dan jentera di Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di negeri ini dari 8 sehingga 13 April ini sempena musim perayaan.bagi tujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan atau kemalangan di lebuh raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan