AM

Kad Ucapan Aidilfitri Yang Diterima Akan Dibalas - Agong

30/03/2024 02:34 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan membalas setiap kad ucapan Hari Raya Aidilfitri yang diterima Seri Paduka Baginda daripada rakyat. 

"Saya ada membaca di dalam ruangan komen laman sosial Facebook rasmi saya, begitu banyak yang menulis mahukan kad raya Aidilfiri.

“Saya tetap akan membalas setiap kad yang diterima," titah Yang di-Pertuan Agong menerusi perkongsian di Instagram Official Sultan Ibrahim semalam.

Menerusi perkongsian itu Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kira-kira 500 kad Aidilfitri untuk diutus kepada rakyat jelata yang mengirimkan ucapan.

Sebelum menandatangani kad ucapan berkenaan, Yang di-Pertuan Agong meluangkan masa menyediakan air mata kucing sebagai persediaan untuk berbuka puasa.

Memasak merupakan antara hobi Seri Paduka Baginda yang juga mahir menyediakan pelbagai jenis  masakan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan