AM

Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor: Pm Merafak Sembah Tahniah Kepada Agong

23/03/2024 05:33 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini. 

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau dan rakyat negara ini akan terus memberikan ketaatan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong. 

"Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.

"Mendoakan ke hadrat Allah semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.  Allah Peliharakan Sultan," menurut catatan itu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan