JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Terima Lima Laporan Dakwaan Kes Liwat

20/03/2024 09:08 PM

MERSING, 20 Mac (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima lima laporan berkaitan kes liwat terhadap enam lelaki termasuk tiga pelajar sekolah, di sini setakat ini. 

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata susulan itu, pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an semalam bagi membantu siasatan, yang akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir esok. 

Beliau berkata kesemua mangsa berusia lingkungan 15 hingga 21 tahun, dan membabitkan suspek yang sama. 

“Kita telah merujuk empat kertas siasatan kes liwat yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pada masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan