LABUAN, 17 Mac (Bernama) -- Labuan sedang bersiap sedia untuk acara sukan laut tahunan yang terhebat, Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) ke-28 dengan menampilkan 17 aktiviti menarik dengan hadiah berjumlah RM278,390 menanti peserta tempatan dan luar negara.
LISC 2024 yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan (LC) akan tertumpu di sekitar Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dari 23 hingga 28 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LC, Rithuan Ismail berkata LC bertujuan untuk menjadikan LISC sebagai tarikan utama dan menarik pelawat ke pulau bebas cukai tersebut.
Jangkaan menarik sekurang-kurangnya 30,000 pengunjung ke pulau itu sepanjang acara lima hari itu, katanya acara Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau Labuan dan Pertandingan Memancing Laut Dalam LISC Daiwa dengan kedua-dua acara tersebut menawarkan hadiah berjumlah RM126,300 akan menjadi tarikan orang ramai.
“Acara memancing menjanjikan pengalaman unik kepada peserta di perairan Kepulauan Spratly dan Pulau Layang-Layang,” katanya kepada Bernama hari ini.
Rithuan berkata edisi LISC tahun ini memperkenalkan acara Coastal Ninja Warrior, Regatta LISC dan Glamping LISC bagi memenuhi pelbagai minat dan memastikan pengalaman yang menarik untuk peserta.
"Acara ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian sukan tempatan sambil menonjolkan aktiviti air yang menarik di Labuan, menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan utama yang menarik ribuan pelawat setiap tahun," katanya.
Beliau berkata acara penutup LISC Edisi ke-28 pada 28 April ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial