AM

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

12/03/2024 08:53 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) --  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam, di seluruh negara.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menyeru umat Islam supaya merebut peluang mempertingkatkan amal ibadah dan mengeratkan ukhuwah sesama umat, selain mengetepikan sebarang perselisihan, perbalahan dan perseteruan bersempena bulan Ramadan yang barakah.

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh umat Islam untuk bersama Baginda bermunajat dan berdoa, semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada apa jua bentuk ancaman, bencana dan musibah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad lepas mengumumkan umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan