AM

YAYASAN BANK RAKYAT, BANK NEGARA BANTU PELAJAR B40 DI SARAWAK 

09/03/2024 10:12 PM

KUCHING, 9 Mac (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM50,000 bagi membantu sesi persekolahan yang bakal bermula pada 11 Mac ini.

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan itu membabitkan 500 pelajar sekitar Kuching dari sekolah rendah dan menengah dalam kalangan asnaf dan keluarga kumpulan B40.

Menurut YBR, bantuan itu adalah kerjasama dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Bank Negara Malaysia Kuching.

“Simbolik replika cek bantuan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Kampung Malaysia Jaya, Kuching hari ini,” katanya.

Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan itu diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam mempersiap anak-anak bagi sesi persekolahan baharu.

“Saya amat menyokong inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan dan semoga ia akan membantu lebih ramai pelajar di masa akan datang," katanya pada majlis penyerahan bantuan itu hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan