KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan “Kembali Ke Sekolah’’, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata demikian susulan program Kembali ke Sekolah yang diadakan di Parlimen Tambun baru-baru ini.
“Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah Parlimen Tambun bagi pihak saya.
Alhamdulillah, 1,500 penerima mendapat manfaat dari program ini yang diharap dapat membantu menampung keperluan membeli barangan persekolahan menjelang pembukaan sesi baharu sekolah tidak lama lagi. Bantuan seperti ini akan terus diperhebat untuk rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial