JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Terima Rasuah Rm150,000 Bantu Dapatkan Projek Tidak Wujud Ditahan

26/02/2024 06:40 PM

KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan untuk mendapatkan projek tidak wujud di Beluran, lima tahun lepas. 

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60an itu telah meminta dan menerima rasuah itu kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek membaiki sebuah sekolah yang bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah di sini pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, esok,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan