JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Warga Asing Maut Digilis Kereta Api Di Pelabuhan Utara

24/02/2024 12:54 PM

SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai digilis kereta api di Pelabuhan Utara dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki tersebut pada pukul 11.35 pagi.

"Kejadian berlaku di tepi landasan berhadapan kilang di Jalan Pelabuhan Utara. Mangsa berusia 19 tahun dan terdapat kecederaan di bawah paras lutut kedua-dua kaki dipercayai digilis kereta api," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan," katanya.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan