AM

Terengganu Isytihar Ahad Hari Batik - Razali

24/02/2024 11:17 AM

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan Terengganu mengisytiharkan Ahad sebagai Hari Batik di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Datuk Razali Idris berkata selain penjawat awam, galakan pemakaian batik itu turut melibatkan petugas sektor swasta, usahawan, mereka yang bekerja sendiri dan seluruh penduduk Terengganu.

"Kerajaan negeri sebenarnya menyokong hasrat pemakaian batik oleh kerajaan Persekutuan pada bila-bila masa sahaja, dan wajib pada Khamis.

"Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengangkat semula batik Terengganu yang saya kira sudah mulai malap disebabkan kemasukan batik dari luar negara misalnya dari India dan Pakistan," katanya selepas merasmikan Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) 2024 di sini, malam tadi. 

"Semoga inisiatif ini dapat menjadi medium promosi kepada penghasilan batik Terengganu yang merupakan satu daripada produk bermutu dan berkualiti tinggi serta membantu menjana ekonomi pengusahaan batik Terengganu," katanya. 

KBTM 2024 anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berlangsung selama empat hari bermula Khamis lepas bagi mempergiatkan kempen promosi sektor pelancongan dan seni budaya warisan negeri.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan