PAITAN, 14 Jan (Bernama) -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini diaktifkan semula hari ini dengan sejumlah 42 penduduk di Kampung Perancangan Cocos dipindahkan susulan bencana banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataanya memaklumkan PPS itu ialah Rumah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos serta Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol, yang dibuka pada 4 petang selepas operasi pemindahan digerakkan sejak 12 tengah hari.
Kampung terbabit dilanda banjir pada bulan lepas dengan dua PPS berkenaan dibuka selama tiga hari dari 26 Dis.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid dan Beluran sedang memantau kawasan berisiko banjir di dua daerah itu berikutan hujan berterusan masing-masing sejak tengah hari semalam dan awal pagi tadi.
Meskipun terdapat kawasan yang telah dinaiki air, belum ada PPS dibuka setakat ini.
Bagaimanapun, terdapat 43 mangsa di Telupid berpindah ke Dewan Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi, yang dijadikan pusat transit sebagai langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial