AM

Pelancong Jerman Meninggal Dunia Selepas Aktiviti Selam Snorkel

17/06/2026 09:41 PM

LAHAD DATU, 17 Jun (Bernama) -- Seorang pelancong lelaki warga Jerman meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti selam snorkel di perairan Pulau Sakar, di sini pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata Kenneth Ray Crouse, 78, disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

"Pusat Operasi Maritim Zon Lahad Datu menerima maklumat mengenai keadaan mangsa yang pengsan pada 11.20 pagi dan satu operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) dikoordinasikan.

"Di lokasi kejadian, mangsa turut diberikan bantuan pernafasan oleh rakannya, sebelum bot ronda Cenderawasih 02 mengambil mangsa untuk dihantar ke Jeti Perikanan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dzulfikhar menasihati orang ramai agar mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan segera sebarang kecemasan atau jenayah maritim.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Lahad Datu menerusi talian WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan MERS999 untuk tindakan segera pihak berkuasa.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan