JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga Pelajar Sekolah Ditahan Samun Warga Asing Di Cheras

10/01/2024 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau terhadap seorang lelaki warga asing di Taman Connaught, Cheras di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata kesemua suspek berusia lingkungan 14 hingga 15 tahun itu  dipercayai menyamun pada 11.30 malam tadi dan ditahan pada pukul 2 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa mengalami kerugian sebanyak RM500 dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman selama lima hari sehingga 14 Jan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ridzuan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan