JENAYAH & MAHKAMAH

GUNA KEDUDUKAN LANTIK SYARIKAT SUAMI, BEKAS KETUA OPERASI GLC DIREMAN

10/01/2024 01:23 PM

SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) -- Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk  melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.

Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman  selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. 

Semalam, wanita itu ditahan pada 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor. 

Menurut sumber SPRM, kesalahan terbabit dilakukan pada 2022 dengan wanita berkenaan melantik syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan