AM

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Semakin Sesak Petang Ini

26/12/2023 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat 5 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

“Sementara di Plaza Tol Jalan Duta, trafik perlahan menghala ke utara dan di Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah susulan pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di kilometer (KM) 31.4 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya dengan lorong kiri terhalang.

 Trafik juga perlahan arah utara dari Pedas/Linggi ke Port Dickson (U) serta dari Slim River ke Sungkai.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) perlahan dan sesak sepanjang satu kilometer sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan