KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, beliau telah menjelaskan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa telco mesti memastikan tiada caj tambahan untuk menggunakan 5G.
“Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah keseluruhan kos infrastruktur, sehingga ke tahap menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) menggunakan dana awam.
“Sehubungan itu, tidak sepatutnya ada sebarang bayaran tambahan. Jika mereka terus mengenakan caj sedemikian, kami perlu mempertimbangkan untuk mengambil tindakan,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran perkhidmatan televisyen berasaskan langganan, ‘OK Vision’ di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi berkata dalam perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif CelcomDigi Bhd baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan semakan semula harga pakejnya.
“Dalam pakej baharunya, ia telah menghapuskan bayaran tambahan. Ini yang wakil daripada CelcomDigi beritahu kepada saya,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial