AM

DEWAN NEGARA LULUS RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024

12/12/2023 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara setelah melalui tempoh lapan hari perbahasan dan penggulungan selepas dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 29 Nov lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan. 

Rang undang-undang itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Nov lepas.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan