KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Zulkifli Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Pelantikan Amir Hamzah dan Zulkifli yang berkuat kuasa 12 Dis 2023 hingga 11 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari keenam sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 menyarankan agar menteri yang dilantik dalam kalangan senator turut berperanan menjadi juara terbaik membela dan menegapkan institusi Senat sebagai the upper house iaitu badan legislatif tertinggi di negara.
Beliau turut mengingatkan bahawa Perkara 49(3) yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial